Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Tragedi balik kampung, suami isteri maut kereta langgar tembok pembahagi jalan | Scoop

Tragedi balik kampung, suami isteri maut kereta langgar tembok pembahagi jalan

Pemandu kereta Kancil dan isterinya dalam perjalanan balik dari Bachok, Kelantan menuju ke kampungnya di Jerantut, Pahang

2:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pasangan suami isteri maut apabila kenderaan dinaiki mereka hilang kawalan dan melanggar tembok simen pembahagi jalan di Kilometer (KM) 8, Lingkaran Tengah Utama (LTU) menghala ke Lipis, semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, pemandu kereta jenis Perodua Kancil, Mohd Nafiah Abdul Wahab, 53, dan isterinya, Rofidah Ahmad, 54, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurutnya, Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Lipis menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.30 pagi semalam.

“Siasatan awal mendapati pemandu kereta Kancil dan isterinya dalam perjalanan balik dari Bachok, Kelantan menuju ke kampungnya di Jerantut, Pahang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, kereta tersebut dipercayai hilang kawalan dan melanggar tembok simen pembahagi jalan sebelum terbalik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Katanya, orang ramai yang melihat kejadian tersebut digesa untuk tampil bagi membantu siasatan.

“Pihak polis ingin menasihatkan agar semua pengguna jalan raya sentiasa memandu kenderaan secara berhati-hati dan berhemah.

“Dalam pada itu, pastikan kenderaan yang dipandu diselenggara dengan baik dan selamat. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa,” katanya. – 8 April, 2024

Topics

 

Hangat

Related