Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Kes lelaki Israel: Suami isteri mengaku tidak bersalah miliki senjata api | Scoop

Kes lelaki Israel: Suami isteri mengaku tidak bersalah miliki senjata api

Isteri didakwa memiliki senjata api manakala suami didakwa mengetahui kesalahan tersebut

1:17 PM MYT

 

KLANG – Sepasang suami isteri yang menganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan memiliki senjata api secara haram, yang dikaitkan dengan penahanan warga Israel, Shalom Avitan.

Sharifah Faraha Syed Husin, 41, dan suaminya Abdul Azim Mohd Yasin, 43, didakwa mengikut Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 di hadapan Hakim Sharifah Hascindie Syed Omar.

Syarifah Faraha dituduh memiliki senjata api CZ75 P-01 CAL.9 Luger secara haram manakala Abdul Azim didakwa atas pertuduhan berada bersama wanita terbabit yang menimbulkan anggapan munasabah bahawa dia mengetahui isterinya memiliki pistol berkenaan.

Pasangan itu didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Bukit Belimbing, Kuala Selangor pada 29 Mac lalu sekitar jam 8 malam.

Kesalahan Azim didakwa mengikut Seksyen 9 manakala kesalahan isterinya di bawah Seksyen 8 Akta tersebut.

Setiap Seksyen membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan maksimum enam sebatan rotan.

Kedua-duanya tidak diwakili peguam.

Bagaimanapun, tiada jaminan ditawarkan kerana kesalahan mereka tidak boleh diikat jamin.

Hakim menetapkan 11 Jun untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Salim dan Fazeedah Faik.

Senjata yang dirampas semasa penahanan seorang warga Israel di Jalan Ampang, yang disyaki mempunyai kaitan dengan Syarifah Faraha Syed Husin dan suaminya Abdul Azim Mohd Yasin yang didakwa mengikut Akta Senjata Api (Penalti Bertambah) 1971 hari ini. – Gambar ihsan Bukit Aman, 8 April 2024

Pada 30 Mac, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah menahan pasangan itu pada 29 Mac di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor.

Polis kemudian menemukan sepucuk pistol dalam beg galas di dalam sebuah kereta semasa pemeriksaan di kediaman suspek.

Beliau berkata Azim dipercayai individu yang bertanggungjawab membekalkan enam senjata api itu kepada Avitan, yang diberkas di sebuah hotel di Jalan Ampang pada 27 Mac lalu.

Awal hari ini, Razarudin juga berkata, Avitan mungkin akan didakwa kerana memiliki enam pistol dan 200 butir peluru minggu ini atau selepas sambutan Aidilfitri.

Bagaimanapun, katanya, polis masih menyiasat kes membabitkan lelaki Israel itu, yang memasuki negara ini menggunakan pasport Perancis dan masih belum menentukan motif utama dia memiliki senjata api. – 8 April 2024

Topics

 

Hangat

[WATCH] Khalil and Vilas’ muhibbah Raya

After 21 years of marriage, Khalil Khalid and Nur Hannah M. Vilasmalar have cultivated acceptance and understanding of their different racial and cultural backgrounds.

Vikneswaran retains KLHA president’s post after Megat disqualified

The decision follows the KLHA council’s recent nullification of all candidates from the Kuala Lumpur Hockey Sports Education Association

Malaysia’s global reputation bolstered a year into Anwar’s PM stint  

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s achievements during his first year in office was no mean feat and it would be remiss to claim that his administration has taken a backseat in efforts to improve the nation’s global standing. 

Related