Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Lelaki Israel miliki senjata api dituduh minggu ini: Ketua Polis Negara | Scoop

Lelaki Israel miliki senjata api dituduh minggu ini: Ketua Polis Negara

Sementara itu, pasangan suami isteri warga tempatan yang didakwa membekalkan senjata api kepada Shalom akan dituduh di Mahkamah Klang hari ini

11:10 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lelaki warga Israel yang ditahan kerana memiliki enam pucuk pistol dan 200 butir peluru akan dituduh di mahkamah dalam minggu ini atau selepas sambutan Aidilfitri.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihak polis kini sedang menyiasat motif utama pemilikan senjata api tersebut.

“(Kes) Warga Israel (Shalom Avitan) kita masih teruskan siasatan untuk kita mengumpul lagi maklumat bagi mendapatkan motif utama dia memiliki enam senjata api.

“Mungkin dalam minggu ini juga pertuduhan pada warga Israel itu akan dibuat atau mungkin lepas raya,” katanya kepada media ketika ditemui di Pusat Latihan Polis Pulapol, di sini hari ini.

Terdahulu, Razarudin menyaksikan upacara penyerahan serah tugas kepada Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik baharu, Datuk Mohd Nasri Omar.

Nasri mengambil alih tugas Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri yang bersara wajib selepas 38 tahun berkhidmat dalam bidang kepolisan.

Sementara itu, pasangan suami isteri warga tempatan yang didakwa membekalkan senjata api kepada Shalom akan dituduh di Mahkamah Klang hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Shalom Avitan dikesan masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12 Mac lalu, dengan menggunakan pasport Perancis.

Enam senjata api yang ditemui dalam bilik hotel suspek adalah jenis Glock 19 Marine, Glock 17 Gen 4, Smith and Wesson, Sig Sauer dan Stoeger serta 200 butir peluru yang diletakkan dalam beg miliknya.

Susulan itu, polis menahan tiga warga Malaysia, termasuk pasangan suami isteri disyaki membekalkan senjata api kepada lelaki warga Israel terbabit di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor.

Polis sudah membuka dua kertas siasatan mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 serta Seksyen 12 Akta Pasport 1966. – 8 April, 2024

Topics

 

Hangat

Related