Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Imam dakwa 'telefon Allah', sebahagian penduduk Jogjakarta sambut 1 Syawal semalam | Scoop

Imam dakwa ‘telefon Allah’, sebahagian penduduk Jogjakarta sambut 1 Syawal semalam

Selepas menerima kecaman hebat, Mbah Benu bagaimanapun menjelaskan 'menelefon Allah' hanya istilah yang digunakan untuk menggambarkan perjalanan kerohaniannya

1:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Umat Islam di Desa Giriharjo, Panggang, daerah Gunungkidul di Jogjakarta, Indonesia meraikan 1 Syawal, semalam.

Sekitar jam 7 pagi jemaah mulai melaksanakan solat sunat Aidilfitri diimamkan oleh imam Masjid Aolia, Sholeh Pranolo di lokasi rumah imam itu sendiri di daerah Gunungkidul.

Setelah selesai solat, imam lebih dikenali dengan panggilan Mbah Benu itu menyampaikan khutbah dalam bahasa Jawa.

Ketika ditanya mengenai kaedah penetapan tarikh 1 Syawal semalam, Mbah Benu berkata, dia tidak menggunakan perhitungan tertentu sebaliknya mendakwa ‘menghubungi’ Allah untuk bertanyakan perkara itu.

“Saya tidak menggunakan (cara) perhitungan. Saya telefon langsung kepada Allah. Ya Allah… kelmarin (Khamis, 4 April 2024) sudah 29 (Ramadan), bilakah 1 Syawal?” katanya seperti dilaporkan Suara.com.

Dakwanya, dia diberitahu tarikh 1 Syawal jatuh pada 5 April 2024 (semalam) dan membuat keputusan meraikan bersama jemaahnya pada hari tersebut.

Bagaimanapun selepas menerima kecaman hebat kerana mendakwa telah ‘menelefon Allah’, Mbah Benu yang berusia 82 tahun tampil memuat naik satu lagi video memohon maaf dan menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan ‘telefon’.

“Terkait pernyataan saya tadi pagi tentang istilah menelefon Allah SWT, itu sebenarnya hanya istilah. Yang sebenarnya, ia perjalanan spiritual (kerohanian) saya, kontak batin dengan Allah SWT.

“Apabila pernyataam saya yang menyinggung atau tidak berkenan, saya mohon maaf yang sebesar-besarnya kepada semua pihak, terima kasih,” katanya.

Aidilfitri disambut jemaah kariah Masjid Aolia itu awal lima hari daripada keputusan Pimpinan Pusat Muhammadiyah yang menjangkakan ia jatuh pada 10 April ini.

Sebelum itu, jemaah kariah Masjid Aolia dilaporkan sudah mula berpuasa pada 7 Mac 2024 iaitu awal lima hari daripada 1 Ramadan menurut keputusan pemerintah pada 12 Mac lalu.

Sementara itu, selepas menerima kecaman hebat kerana mendakwa telah ‘menelefon Allah’

Topics

 

Hangat

Related