Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Aliran trafik ke Pantai Timur mulai sesak | Scoop

Aliran trafik ke Pantai Timur mulai sesak

Kelewatan dijangkakan sehingga 45 minit

6:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kesesakan sepanjang 14km dilaporkan berlaku dari Gombak ke Genting Sempah selepas orang ramai sudah memulakan perjalanan pulang ke kampung bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri, minggu depan.

Laporan terkini pada jam 5.20 petang itu dimuatnaik oleh Astro Radio Traffic di Facebook yang menyatakan kesesakan itu susulan pertambahan jumlah kenderaan.

Kelewatan dijangkakan sehingga 45 minit.

Sementara Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam aplikasi X pada 3.35 petang tadi melaporkan saliran trafik mulai bertambah dari arah Gombak ke Genting Sempah.

Di Lebuhraya Pantai Timur pula, aliran trafik perlahan di kawasan sama sejak 5.08 petang tadi.

Umat Islam di Malaysia dijangka menyambut Hari Raya pada Rabu depan dengan kebanyakannya sudah pulang petang tadi, memandangkan esok adalah cuti hari minggu. – 5 April, 2024

Topics

 

Hangat

Related