Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Aliff Aziz enggan cerai, masih sayangkan Bella Astillah | Scoop

Aliff Aziz enggan cerai, masih sayangkan Bella Astillah

Hakim Syarie, Wan Mohd Najib Wan Hamat mengarahkan pasangan berkenaan melalui proses sulh dan melantik wakil bagi JKP

2:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah diperintah hadir proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dekat sini pada 4 Jun ini.

Ini selepas Aliff yang juga aktor kelahiran Singapura tidak bersetuju dengan permohonan cerai difailkan Bella atas alasan masih sayangkan isterinya itu.

“Benar Yang Arif, (saya) tidak bersetuju (permohonan cerai). Ini bukan suatu keputusan yang boleh difikirkan dalam sehari, saya perlukan masa untuk berfikir bagi membuat keputusan yang besar ini,” katanya.

Aliff, 33, berkata demikian pada prosiding sebutan kedua permohonan cerai difailkan Bella di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini.

Susulan itu, Hakim Syarie, Wan Mohd Najib Wan Hamat mengarahkan pasangan berkenaan melalui proses sulh dan melantik wakil bagi JKP.

Pada 11 Mac lalu, Bella, 30, memfailkan perceraian tersebut di mahkamah sama.

Ini selepas suaminya didakwa terbabit kes khalwat bersama pelakon, Ruhainies, 32, di sebuah kondominium di ibu negara. – 4 April, 2024

Topics

 

Hangat

Related