Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Jaafar Onn meninggal dunia | Scoop

Jaafar Onn meninggal dunia

Khabar sedih itu dikongsi rakan selebriti, termasuk Haiza Hanafi

12:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pelawak veteran, Jaafar Onn, 73, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Serdang, pagi ini.

Khabar sedih itu dikongsi beberapa rakan selebriti menerusi media sosial, termasuk Haiza Hanafi yang juga teman rapat allahyarham.

“Innalillahiwainailaihirojiun…Selamat jalan papa Jaafar Onn. Ya Allah saya saksi kebaikan yang dia lakukan. Ilmu yang dia curahkan dan rezeki dia kongsikan.

“Tempatlan dia di syurgaMu Ya Rabb…Alfatihah…,” katanya menerusi Facebook.

Jaafar dilaporkan dimasukkan ke wad hospital itu sejak kelmarin akibat pendarahan semasa membuang air besar.

Malah, beliau pernah memaklumkan mengalami masalah berkaitan jantung yang menyebabkan kakinya membengkak, sehingga sukar berjalan serta perlu menggunakan kerusi roda sejak enam bulan lalu. – 3 April, 2024

Topics

 

Hangat

Related