Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
ATM di 72 cawangan Maybank sedia khidmat tukar duit raya RM10 | Scoop

ATM di 72 cawangan Maybank sedia khidmat tukar duit raya RM10

Antara cawangan yang menawarkan pengeluaran tersebut termasuk Bangsar Baru, Desa Pandan, KLCC, Kulai, Masai, Bandar Baru Bangi, Kajang, Subang Jaya, Putrajaya dan Sungai Buloh

10:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, Maybank menyediakan perkhidmatan khas pengeluaran duit raya di 72 cawangan ATM di seluruh negara selama sembilan hari mulai 1 April lalu.

ATM terbabit menawarkan wang kertas RM10 yang digunakan semula bertujuan menggalakkan kelestarian dan memulihara sumber.

Menerusi pengumuman yang dibuat dalam laman webnya, negeri yang terpilih ialah Kuala Lumpur, Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Terengganu dan Perlis.

Antara cawangan bank itu yang menawarkan pengeluaran tersebut adalah di Bangsar Baru, Desa Pandan, KLCC, Kulai, Masai, Bandar Baru Bangi, Kajang, Subang Jaya, Putrajaya dan Sungai Buloh.

Lain-lain termasuk Kuala Kangsar, Taiping, Jitra, Kota Bharu, Sungai Petani, Alor Setar, Juru, Penang Road, Kuching Main, Kuching Selatan, Putatan dan Inanam.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh melayari laman web Maybank. – 2 April, 2024

Topics

 

Hangat

Related