Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Guru MRSM didakwa pedofilia digantung tugas: Asyraf | Scoop

Guru MRSM didakwa pedofilia digantung tugas: Asyraf

Mara sudah menubuhkan satu pasukan dari ibu pejabat agensi itu bagi menjalankan siasatan berhubung dakwaan terbabit

2:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (Mara) sudah menggantung tugas seorang guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat berhubung dakwaan melakukan aktiviti pedofilia.

Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya sudah menubuhkan satu pasukan dari ibu pejabat agensi itu bagi menjalankan siasatan berhubung dakwaan terbabit.

“Saya sudah mengarahkan siasatan menyeluruh dengan segera terhadap perkara ini.

“Pasukan dari Ibu Pejabat Mara sudah ditubuhkan dan akan pergi ke MRSM Tumpat dan pada masa sama, guru terbabit sudah digantung tugas sehingga siasatan selesai,” katanya menerusi ciapan di platform X.

Beliau mengulas mengenai dakwaan tular seorang pengguna platform X yang memaklumkan dia menerima laporan daripada seorang pelajar MRSM berkenaan.

Pengguna terbabit yang juga bekas pelajar MRSM sama mendakwa, individu memaklumkan dia diganggu gurunya.

Menerusi perkongsiannya, pengguna itu turut mendakwa pernah menerima amaran daripada pelajar senior berhubung aktiviti tidak bermoral dilakukan guru terbabit.

Dalam dakwaan itu juga, dia mempersoalkan bagaimana guru berkenaan boleh dibiarkan terus mengajar di situ walaupun pernah ‘kantoi’ beberapa kali.

“Amat menakutkan walaupun ditangkap beberapa kali, guru berkenaan masih mengajar di sekolah itu,”. – 30 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Related