Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Jambatan Francis Scott Key runtuh: Kementerian Luar pantau rapat perkembangan | Scoop

Jambatan Francis Scott Key runtuh: Kementerian Luar pantau rapat perkembangan

Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan untuk berwaspada dan berhati-hati

12:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Washington memantau rapat perkembangan insiden keruntuhan jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Amerika Syarikat (AS) semalam.

Menerusi kenyataannya, kementerian itu berkata, Kedutaan Besar Malaysia sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

“Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan untuk berwaspada dan berhati-hati.

“Mereka dinasihatkan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Ujarnya, rakyat Malaysia di kawasan berkenaan yang memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan, dinasihatkan menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Washington.

“Ia boleh dikemukakan menerusi alamat Kedutaan Besar Malaysia di Washington, 3516 International Ct NW, Washington, DC 20008; melalui nombor telefon +1 (202) 375 4396 atau emel, consularwdc@kln.gov.my,” katanya.

Semalam, media melaporkan jambatan itu runtuh selepas dilanggar sebuah kapal kargo.

Kapal dengan bendera Singapura berukuran kira-kira 300 meter dinamakan Dali itu difahamkan dalam perjalanan dari Baltimore ke Colombo, Sri Lanka.

Pelanggaran itu menyebabkan kira-kira 20 orang serta beberapa kenderaan terjunam ke dalam air.

Menurut pihak berkuasa, dua orang mangsa diselamatkan, manakala seorang dalam keadaan kritikal. – 27 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Related