SHAH ALAM — Pengasas KK Mart, Datuk Seri KK Chai tiba di Mahkamah Sesyen di sini pada jam 8.55 pagi ini, bagi menghadapi pendakwaan berkaitan kes penjualan stoking memaparkan kalimah Allah di kedai rangkaian serbaneka itu.
Selain KK Chai, seorang pengarah KK Mart dan tiga pengarah syarikat pembekal produk itu, Xin Jian Chang Sdn Bhd akan didakwa berkaitan kes sama hari ini.
Tinjauan Scoop mendapati, petugas media mula berkumpul di hadapan kompleks mahkamah berkenaan seawal jam 8 pagi bagi menanti ketibaan mereka.
Setakat jam 8.50 pagi, tidak kelihatan kehadiran pihak parti politik atau badan bukan kerajaan di pekarangan kompleks mahkamah berkenaan susulan kes itu. – 26 Mac, 2024
BERITA LANJUT MENYUSUL