Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Polis rakam keterangan guru wanita kes salah laku seksual dengan pelajar | Scoop

Polis rakam keterangan guru wanita kes salah laku seksual dengan pelajar

Hanya merakam percakapan, suspek kes tidak ditangkap dan polis menasihati orang awam agar tidak menyebarkan berita tidak benar

11:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis telah merakam keterangan seorang guru wanita bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kes mencabul seorang pelajar lelaki yang tular baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, rakaman percakapan guru berumur 37 tahun terbabit dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, Selangor, semalam.

“Hanya dirakam percakapan, suspek kes ini tidak ditangkap. Beberapa individu lain juga dirakam percakapan termasuk pengadu dan saksi yang melihat atau tahu hal yang berkaitan,” katanya ringkas ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp hari ini.

Beliau berkata, pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.

“Pihak polis menasihati orang awam untuk tidak menimbulkan spekulasi dan menyebarkan berita yang tidak benar berkenaan kejadian ini,” katanya.

Wan Kamarul Azran berkata, mangsa juga telah dirujuk ke sebuah hospital kerajaan untuk pemeriksaan lanjut.

Menurutnya, polis menerima laporan pada 12 Disember lepas mendakwa suspek mencabul mangsa ketika mengulang kaji pelajaran bersama guru terbabit di perpustakaan. – 25 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Related