Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
SPRM tahan reman pengarah agensi penguatkuasaan terima rasuah lindungi aktiviti haram | Scoop

SPRM tahan reman pengarah agensi penguatkuasaan terima rasuah lindungi aktiviti haram

Suspek utama seorang lelaki berusia 50-an disyaki menerima suapan kira-kira RM100,000 di Shah Alam pada 23 Mac lalu

10:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman tiga individu termasuk seorang pengarah agensi penguatkuasaan negeri dipercayai terbabit rasuah bagi melindungi aktiviti kemasukan barangan berharga melalui pintu masuk laut negara tanpa perlu pengisytiharan atau kebenaran pihak berkuasa.

Perintah reman selama tiga hari iaitu sehingga esok dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar, Nurul Farhana Mohd Najib ke atas kesemua suspek selepas permohonan dibuat agensi tersebut di Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam.

Menurut sumber, suspek utama iaitu lelaki berusia 50-an disyaki menerima suapan berjumlah kira-kira RM100,000 secara tunai pada 23 Mac lalu di Shah Alam, Selangor bagi melindungi aktiviti yang merupakan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967.

“Hasil penahanan ke atas suspek utama, SPRM turut menyerbu kediamannya di Klang, Selangor dan menemukan sejumlah wang bernilai RM100,000 dipercayai sebahagian daripada hasil suapan tersebut.

“Suspek utama ditahan di Klang kelmarin, manakala suspek kedua dan ketiga yang juga orang awam ditahan pada hari yang sama di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Katanya, siasatan lanjut sedang giat dijalankan bagi mengesan bukti dan dalang lain yang terlibat. – 25 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Related