Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
MP Tanjong Karang, Gua Musang usul Wan Saiful dirujuk Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen | Scoop

MP Tanjong Karang, Gua Musang usul Wan Saiful dirujuk Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen

Wan Saiful membuat dakwaan berhubung dua Ahli Parlimen PN yang menjadi 'ejen pemujuk' supaya beliau menyokong kerajaan dalam sidang Dewan Rakyat pada Khamis lalu

2:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Zulkafperi Hanapi menafikan sangkaan jahat Datuk Wan Saiful Wan Jan yang mendakwanya sebagai ejen bertanggungjawab memujuk Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu untuk menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut sama menafikan dakwaan berkenaan adalah Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim.

Susulan itu, Zulkafperi dan Mohd Azizi telah menghantar usul kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada Jumaat lalu agar Wan Saiful dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung kenyataan fitnah yang dikeluarkannya pada 21 Mac lalu, berdasarkan Peraturan 36 (6) dan 36 (12) Parlimen.

“Kenyataan beliau (Wan Saiful) di Parlimen adalah jelas bersifat sangkaan jahat, fitnah mengelirukan dewan dan memutar belit fakta sebenarnya serta menuduh saya tanpa apa-apa bukti yang jelas dan saksi, dan cuba memerangkap yang mengheret saya ke dalam agenda peribadi beliau yang berniat jahat.

“Ia menyalahi peraturan 36 (6) dan juga 36 (12) peraturan Dewan Rakyat maka saya, Ahli Parlimen Tanjong Karang dengan ini telah mengusulkan supaya Ahli Parlimen Tasek Gelugor (Wan Saiful) dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen,” kata Zulkadperi dalam sidang media di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Menceritakan kronologi, Zulkafperi berkata, Wan Saiful sebelum ini pernah memberitahu bahawa dia terlebih dahulu telah didekati ‘broker’ yang dikenali sebagai Asnan dan Datuk Azman bagi menunjukkan sokongan terhadap kerajaan, dengan syarat individu berkenaan harus memenuhi semua permintaan yang dituntutnya sendiri termasuk peruntukan Parlimen berjumlah RM1.7 juta, peruntukan projek bernilai RM2 juta, kos perubatan isteri dan kos guaman untuk menghadapi pertuduhan di mahkamah.

“Beliau juga sibuk bertanyakan bagaimanakah tentang peruntukan Parlimen saya, memang saya jawab saya terima peruntukan Parlimen sepenuhnya.

“Kemudiannya beliau bertanyakan seterusnya kepada saya soal tentang kesahihan individu yang disebutkan itu Hasnan dan Datuk Azman yang mendakwa beliau kurang yakin dengan mereka. (Dan pada) akhirnya beliau mendakwa juga yang sebenarnya beliau telah bersedia lebih awal untuk memberikan sokongan kepada PMX (Anwar) daripada saya.

“Beliau mengaku pertemuannya dengan Hasnan dan Datuk Azman jauh lebih awal daripada saya mengumumkan menyokong PMX. Jadi kesemua penawaran di atas itu adalah demand beliau sendiri dan pertemuan serta perbualan dengan saya atau Gua Musang (Mohd Azizi) adalah atas pertanyaannya sendiri untuk dapatkan penjelasan dan kepastian. Tetapi saya atau Gua Musang gagal membantu atau gagal jadi ejen yang baik maka beliau melaporkan pula kami yang memujuknya,” katanya.

Sementara itu Mohd Azizi berkata, sepanjang dirinya dilantik menjadi Ahli Parlimen sejak November 2022, beliau belum pernah mengaturkan sebarang pertemuan khas berdua dengan Wan Saiful, sebaliknya hanya berjumpa ketika diadakan sesi perjumpaan di antara ahli-ahli Perikatan Nasional (PN).

“Secara dasarnya, semua tuduhan yang dilemparkan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor kepada saya dan Tanjong Karang sebenarnya adalah satu fitnah. Sejak saya jadi Ahli Parlimen pada 19 November 2022, saya tidak pernah berhubung dengan Tasek Gelugor, sama ada secara bersemuka atau melalui saluran komunikasi kecuali kita bersama dalam majlis yang dianjurkan PN.

“Jadi, pertemuan saya dengannya di sebuah kafe di Hotel Marriot pada 17 Januari yang lepas sebenarnya bukan dirancang oleh saya ataupun beliau, cuma sewaktu saya berada di kafe, dia mendekati saya bersama seseorang yang saya tidak kenal. Dia jumpa dan beri salam dan cuma nak cross check apa yang saya dapat selepas saya support Perdana Menteri.

“Saya hanya beritahu saya mendapat peruntukan sebagaimana Ahli Parlimen kerajaan yang lain dan selebihnya tidak ada apa pun.

“Saya tengok dia dalam fizikal yang macam sangat stres dan dia memberitahu dia memerlukan seseorang yang boleh endorsed, sekiranya dia support PM, kesnya (kes mahkamah) dapat digugurkan. Saya beritahu saya bukanlah individu boleh memberikan apa-apa komen ataupun jaminan untuk kes tersebut dan saya minta dia rujuk terus kepada individu yang berkenaan,” katanya.

Terdahulu, Wan Saiful membuat dakwaan berhubung dua Ahli Parlimen PN yang menjadi ‘ejen pemujuk’ supaya beliau menyokong kerajaan dalam sidang Dewan Rakyat pada Khamis lalu.

Beliau mendedahkan individu itu sebagai Ahli Parlimen Gua Musang dan Ahli Parlimen Tanjong Karang yang membuat tindakan berkenaan bersama tiga lagi individu dikenali sebagai Hasnan, Datuk Azman dan Datuk Rahim. – 25 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Related