Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Tiada draf perjanjian baharu kerajaan, pembangkang, ‘adakah YB Rosol sudah lihat?’: Fadillah | Scoop

Tiada draf perjanjian baharu kerajaan, pembangkang, ‘adakah YB Rosol sudah lihat?’: Fadillah

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, tidak wujud satu dokumen ‘draf perjanjian’ di antara Kerajaan Madani dan pembangkang seperti dakwa

8:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Fadillah Yusof menafikan wujud draf perjanjian baharu kerajaan Madani seperti didakwa pemimpin Perikatan Nasional (PN) berkaitan tuntutan peruntukan wakil rakyat pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri berkata, selaku Ketua Whip Kerajaan Perpaduan, beliau tidak menyerahkan sebarang draf dokumen seperti didakwa dalam pertemuan bersama dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

“Draf ini turut disebut Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid. Tapi adakah YB Rosol sudah lihat ‘draf’ itu?

“Jika belum, mintalah ‘draf’ itu dari Ketua Pembangkang. Cuba lihat ‘draf’ itu wujud atau tidak,” katanya menerusi kenyataan.

Fadhillah berkata, dalam pertemuan di Parlimen pada 19 Mac lalu, beliau hanya mendengar permohonan PN dan apa yang mereka tawarkan, namun tiada sebarang dokumen diberi atau diterima.

Justeru, beliau menegaskan, tidak wujud satu dokumen ‘draf perjanjian’ di antara Kerajaan Madani dan pembangkang seperti dakwa.

“Saya tegaskan sekali lagi dalam pertemuan saya bersama wakil pembangkang minggu lalu, tiada sebarang dokumen diberi pihak kerajaan Madani mahupun pihak Pembangkang.

“Ianya sekadar sesi mendengar permintaan dan tawaran mereka, malah tiada perbincangan mengenai ‘perjanjian’ pun,” katanya.

Pada Khamis lalu, Hamzah memaklumkan pihaknya sudah menerima draf dokumen yang memperincikan perkara berkaitan rundingan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Namun, beliau tidak mengulas mengenai perinciannya. – 24 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Related