Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
5 lelaki disyaki suspek kes pukul polis hingga maut ditahan | Scoop

5 lelaki disyaki suspek kes pukul polis hingga maut ditahan

Mereka dikenakan tahanan reman tujuh hari sehingga 30 Mac ini untuk siasatan lanjut

4:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lima lelaki disyaki terlibat dalam kes pukul seorang anggota polis hingga maut di Taman Impian Indah, Balakong, ditangkap malam tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, semua suspek adalah lelaki tempatan berusia antara 19 hingga 23 tahun ditahan pada jam 10 malam tadi.

Mereka dikenakan tahanan reman selama tujuh hari sehingga 30 Mac ini untuk siasatan lanjut.

“Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, media melaporkan seorang anggota polis yang berkhidmat dengan Kontinjen Kuala Lumpur, ditemukan maut dipercayai dipukul di kawasan flat di Taman Impian Indah, Kajang.

Polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada 3 pagi semalam. – 24 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Related