Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Presiden persatuan Muay Thai mengaku tidak bersalah ugut, cederakan kenalan | Scoop

Presiden persatuan Muay Thai mengaku tidak bersalah ugut, cederakan kenalan

Dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengancam hendak membunuh kenalannya sambil memegang sebilah pisau di hadapan sebuah kedai makan

3:55 PM MYT

 

KOTA BHARU – Presiden sebuah persatuan Muay Thai bergelar ‘Datuk’ mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan ugutan jenayah dan menyebabkan kecederaan ke atas seorang lelaki.

Mohd Fared Abdul Ghani, 56, didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengancam hendak membunuh kenalannya, Mohd Alhafis Mohamed, 40, sambil memegang sebilah pisau dengan niat menyebabkan mangsa berasa cemas.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di hadapan sebuah kedai makan, di Wisma Gemilang, Kampung Langgar di sini, pada 6 Januari lepas mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Mohd Alhafis di tempat dan tarikh sama mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Aiman Syahmi Yazid mencadangkan jaminan RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan syarat tambahan tertuduh tidak mengganggu mangsa dan saksi.

Mohd Fared yang diwakili peguam dari Tetuan Azahir Surainie & Azizan Ariff memohon jaminan minimum atas alasan bapa empat anak yang masih bersekolah itu menghidap penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis, selain menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital di sini.

Hakim Ahmad Syafiq Aizat Nazri membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan dan menetapkan 15 Mei ini untuk sebutan semula kes. – 24 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Related