Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Hariss Harun, siang ejen hartanah, malam main bola untuk Singapura | Scoop

Hariss Harun, siang ejen hartanah, malam main bola untuk Singapura

Hariss, yang pernah bermain untuk kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 2014 melakukan pekerjaan sebagai ejen hartanah secara sambilan

8:00 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Selain menjadi kapten pasukan bola sepak Singapura, tidak ramai yang mengetahui bahawa Hariss Harun merupakan ejen hartanah dan mencapai anugerah emas pada Januari lalu.

Hariss, yang pernah bermain untuk kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 2014 melakukan pekerjaan sebagai ejen hartanah itu secara sambilan.

“Tahniah kerana mencapai kejayaan membanggakan. Komisyen 5 angka,” demikian poster kejayaan Hariss sebagai ejen hartanah dengan syarikat PropNex.com.

Menerusi akaun media sosialnya setahun lalu, Hariss mengumumkan sudah menyertai sebuah syarikat hartanah sebagai ejen dan turut memuat naik dokumen-dokumen mengenainya.

Pada usia 34 tahun, Hariss hampir memasuki usia persaraan dan mungkin ia sebagai persediaan ke arah itu.

Sebaik mengetahui pekerjaan sampingan Hariss ini, peminat berasa teruja dan bangga dengannya.

Menerusi akaun media sosialnya setahun lalu, Hariss mengumumkan sudah menyertai sebuah syarikat hartanah sebagai ejen dan turut memuat naik dokumen-dokumen mengenainya – Gambar Instagram Hariss Harun, 23 Mac, 2024

Seawal 2007, Hariss dipanggil menyertai pasukan kebangsaan Singapura dan ketika ini, beliau sudah bermain lebih 100 kali untuk negara itu serta menjaringkan lapan gol.

Pada 2021, Hariss mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak secara persetujuan bersama dengan JDT kerana mahu pulang ke negara Singapura atas urusan keluarga dan disebabkan pandemik COVID-19.

Sejak menyertai JDT, Hariss memenangi tujuh gelaran Liga Super berturut-turut selain menjuarai Piala AFC pada 2015 dan sembilan lagi trofi domestik di Malaysia.

Namanya menjadi sebutan selepas Singapura seri 2-2 dengan China pada kempen kelayakan Piala Dunia, pada 21 Mac lalu.

Dan susulan keputusan itu juga, ia menyaksikan kapten pasukan China, Zhang Linpeng memutuskan untuk menamatkan kerjaya bola sepak antarabangsanya.

“Saya sudah fikir masak-masak. Saya rasa sudah tiba masanya untuk menamatkan kerjaya dengan pasukan negara. Kita tidak mampu mengalahkan Singapura. Saya rasa ini tidak boleh diterima dan saya rasa ini memalukan,” kata Linpeng menurut South China Morning Post. – 23 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Related