Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Asap tebal selubungi Adong akibat kebakaran 21 hektar tanah gambut | Scoop

Asap tebal selubungi Adong akibat kebakaran 21 hektar tanah gambut

Semua pemilik tanah di kawasan terjejas diarahkan untuk menjaga tanah mereka yang belum dibangunkan, terutama kawasan yang terdedah kepada kebakaran

6:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kebakaran tanah gambut seluas 21 hektar sejak 10 pagi ini menyebabkan asap tebal yang menyelubungi kawasan Adong, di Miri, hingga mencetuskan kebimbangan orang ramai.

Menurut Ketua Bahagian Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri, Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal, kebakaran itu berlaku di Permyjaya dan ladang persendirian, kira-kira tiga kilometer dari Desa Indah 3, Permyjaya.

“Sehingga 1 tengah hari tadi, 21 hektar tanah gambut terbakar dan kita jangkakan ia akan merebak,” katanya seperti yang dilaporkan Borneo Post Online.

Justeru beliau berkata memandangkan kawasan yang terjejas adalah di tanah kerajaan negeri, adalah lebih baik bagi pihak berkuasa untuk memasang halangan api untuk mengelakkan api merebak lebih jauh.

Dalam pada itu, Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin mengarahkan semua agensi berkaitan berada dalam keadaan bersedia susulan kebakaran tersebut.

Beliau berkata, semua pemilik tanah di kawasan terjejas juga diarahkan untuk menjaga tanah mereka yang belum dibangunkan, terutama kawasan yang terdedah kepada kebakaran.

Kim Shin memberitahu, agensi terbabit dan pemilik tanah boleh memantau kawasan terjejas dengan menerbangkan dron bagi mengenal pasti titik panas supaya tindakan segera dapat diambil bagi memadamkan kebakaran.

“Pemilik tanah boleh bekerjasama dengan Bomba (Jabatan Bomba dan Penyelamat) untuk memadamkan kebakaran di tanah mereka. Mereka harus mengambil tindakan sebaik sahaja mereka melihat api dan tidak menunggu api merebak,” katanya. – 23 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Related