Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Pelajar perempuan maut terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah | Scoop

Pelajar perempuan maut terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah

Punca kejadian masih dalam siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut

1:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan di sebuah sekolah di Sungai Buloh, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Hafiz Muhammad berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 11.26 pagi.

“Mayat pelajar itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan di bahagian kepala akibat terjatuh dari tempat yang tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Hafiz berkata punca kejadian masih dalam siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Orang ramai terutama pengguna media sosial dinasihatkan tidak menyebarkan kandungan yang boleh mencetuskan kegusaran atau menggugat ketenteraman awam,” katanya. – 23 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Related