Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Serangan dalam konsert di Moscow, dianggarkan 60 maut | Scoop

Serangan dalam konsert di Moscow, dianggarkan 60 maut

ISIL mengaku bertanggungjawab selepas penyerang lepaskan tembakan di Crocus City Hall

9:31 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya 60 orang terkorban selepas beberapa penyerang melepaskan tembakan ketika kumpulan rock veteran Picnic mengadakan persembahan di sebuah dewan yang penuh sesak, Crocus City Hall di Moscow, Russia awal pagi ini.

Serangan itu turut mencederakan 100 yang lain, lapor BBC yang memetik sumber risikan Russia.

Kumpulan ekstrimis ISIL yang pernah mendakwa menguasai Iraq dan Syria, mengaku bertanggungjawab di atas serangan tersebut menerusi saluran Telegram.

Ia menyatakan penyerang terbabit sudah melarikan diri.

Dianggarkan lima penyerang, melepaskan tembakan berkenaan dan turut memasang bahan letupan hingga menyebabkan kebakaran besar.

Crocus City Hall, merupakan salah satu venue popular di Moscow, dan boleh memuatkan sehingga 6,200 orang.

Dalam pada itu, penerbit muzik, Alexei, berkata beliau hendak mengambil tempat duduk apabila mendengar ‘beberapa senapang patah’ dan ‘bunyi jeritan’.

“Saya sedar ia adalah tembakan automatik dan memahami bahawa kemungkinan besar paling teruk ialah serangan pengganas,’’ kata Alexei kepada agensi berita AFP.

Sementara saksi lain, ketika bercakap kepada agensi berita Reuters menggambarkan keadaan yang panik di dalam venue.

“Rempuhan berlaku, semua orang berlari ke escalator,’’ katanya yang enggan dikenali.

Serangan berkenaan, yang mengakibatkan dewan konsert terbakar dan bumbungnya runtuh, merupakan salah satu kejadian terburuk berlaku di Russia sejak serangan di sekolah Beslan pada 2004 yang mengorbankan lebih 330 orang. – 23 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Related