Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
MPBP serah notis batal lesen, tutup operasi pembekal stoking ‘jenama’ Allah | Scoop

MPBP serah notis batal lesen, tutup operasi pembekal stoking ‘jenama’ Allah

Penyerahan notis itu dilakukan di atas pelanggaran syarat aktiviti lesen perniagaan yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) itu

9:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) telah menyerahkan notis untuk membatalkan lesen perniagaan dan menutup operasi perniagaan ke atas Syarikat Xin Jian Chang Sdn. Bhd., yang merupakan pembekal stoking tertera kalimah Allah kepada kedai serbaneka KK Mart.

Menurut MPBP, sesi penyerahan notis itu dilakukan di Menara BPBP hari ini di atas pelanggaran syarat aktiviti lesen perniagaan yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) itu iaitu stor dan pengedar kasut.

Sesi penyerahan notis disaksikan Yang Dipertua MPBP, Ezahar bin Abu Sairin bersama Ketua Whip, Timbalan dan Ahli Majlis MPBP.

“Tindakan yang diambil oleh pihak MPBP ini adalah selaras di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil 13 (2) dan Undang-Undang Kecil 49 (2) Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Perbandaran Batu Pahat) 2016.

“Syarikat Xin Jian Chang Sdn. Bhd. yang diwakili Pengarah Urusannya, Soh Hui San telah hadir menerima notis tersebut,” kata MPBP dalam kenyataan.

Dalam tinjauan hari ini, kilang berkenaan di kawasan perindustrian Sri Gading dekat Batu Pahat, Johor yang terbabit dengan kontroversi pengedaran stoking tertera tulisan ‘Allah’ dikatakan menutup operasinya bermula hari ini.

Sehelai kain rentang digantung di pagar utama kilang terbabit yang tertera permohonan maaf kepada rakyat Malaysia atas kejadian berkaitan stoking memaparkan kalimah Allah yang ditemukan di kedai serbaneka di Bandar Sunway, baru-baru ini.

Dalam kenyataan hari ini, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mengesahkan Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Super Mart, Datuk Seri KK Chai antara lapan individu yang dirakam keterangan oleh polis semalam, bagi siasatan berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.

Menurut JSJ, mereka dipanggil untuk diambil keterangan pada jam 12.30 tengah hari semalam. – 20 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Related