Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Kebakaran hutan Bukit Broga berjaya dipadam sepenuhnya awal pagi tadi | Scoop

Kebakaran hutan Bukit Broga berjaya dipadam sepenuhnya awal pagi tadi

Seramai 28 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih, BBP Bangi dan BBP Ampang terlibat dalam operasi tersebut

8:55 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kebakaran hutan Bukit Broga di Semenyih, Kajang yang bermula sejak petang semalam berjaya dipadamkan sepenuhnya awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, operasi pemadaman ditamatkan pada jam 3.30 pagi, selepas kebakaran dipadamkan sepenuhnya pada jam 2.30 pagi.

“Seramai 28 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih, BBP Bangi dan BBP Ampang terlibat dalam operasi tersebut.

“Kebakaran membabitkan kawasan hutan di atas puncak Bukit Broga anggaran seluas lima ekar (dua hektar).

“Kebakaran mudah merebak ke beberapa tompok api disebabkan tiupan angin di sekitar bukit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, ketiadaan akses kenderaan ke lokasi kebakaran menyebabkan anggota bomba perlu memanjat ke puncak bukit selama 30 ke 45 minit untuk ke sampai di lokasi.

“Pemadaman giat dijalankan dengan menggunakan ‘fire beater’ berikutan ketiadaan sumber air.

“Tindakan operasi ialah untuk menyekat api merebak di sekitar bukit, selain memadamkan kebakaran sepenuhnya,” katanya.

Terdahulu tular video mengenai api yang marak di Bukit Broga, dan dirakamkan oleh penduduk berhampiran.

Bukit Broga merupakan kawasan yang popular dengan aktiviti pendakian dan menjadi tumpuan ramai setiap kali hujung minggu. – 18 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Related