Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Kerajaan pantau cubaan hidupkan semula ajaran sesat 'Ayah Pin' | Scoop

Kerajaan pantau cubaan hidupkan semula ajaran sesat ‘Ayah Pin’

Perkara itu kini dalam perhatian dan tindakan pihak berwajib

11:32 PM MYT

 

KUALA TERENGGANU – Cubaan pihak tertentu menghidupkan semula ajaran sesat Ayah Pin yang pernah menggemparkan negara dengan ‘Kerajaan Langit’ dalam perhatian kerajaan, kata Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

“Dalam makluman dan sedang dalam tindakan pihak berwajib,” katanya ringkas kepada Bernama ketika hubungi mengenai dakwaan cubaan menghidupkan semula ajaran sesat itu di sekitar Besut.

Terdahulu, sebuah hantaran di akaun Facebook ‘Imam Muda Kulan’ mendedahkan ajaran Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad cuba dihidupkan kembali oleh gerakan pihak-pihak tertentu di sekitar Besut.

Sebelum ini, Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) pada tahun 1997 telah mengeluarkan fatwa bahawa ajaran berkenaan sesat mengikut Seksyen 25 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986.

Pada April 2005, Pejabat Tanah Daerah Besut telah mengeluarkan notis merobohkan beberapa premis dan replika gergasi di markas Ayah Pin yang mempunyai pengikut seramai lebih 150 orang.

Ariffin meninggal dunia pada 22 April 2016 ketika berusia 74 tahun di rumahnya di Kampung Batu 13, Hulu Besut akibat sakit tua. – 16 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Related