Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Pokok Sena di Kedah alami gelombang haba: MetMalaysia | Scoop

Pokok Sena di Kedah alami gelombang haba: MetMalaysia

Tahap gelombang haba merujuk kepada suhu maksimum harian 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut

9:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kawasan Pokok Sena di Kedah merekodkan suhu panas tahap dua atau gelombang haba setakat 4.30 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan menerusi laman Facebook memaklumkan, tahap gelombang haba merujuk kepada suhu maksimum harian 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Menurut kenyataan itu, suhu panas tahap berjaga-jaga atau tahap satu turut direkod di 17 kawasan Semenanjung iaitu seluruh Perlis; Padang Terap, Sik, Baling, Kuala Muda, Pendang dan Kota Setar di Kedah serta Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang di Perak.

Di Pahang melibatkan kawasan Raub, Temerloh dan Bera manakala Hulu Selangor di Selangor dan seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tahap gelombang haba merujuk kepada suhu maksimum harian 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. – Gambar Facebook MetMalaysia, 16 Mac, 2024

Suhu panas tahap satu atau berjaga-jaga pula merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

MetMalaysia sebelum ini memaklumkan Malaysia berada dalam fasa akhir Monsun Timur Laut yang secara lazim menyaksikan kawasan utara Semenanjung mengalami litupan awan dan taburan hujan yang kurang selain menyebabkan cuaca lebih panas serta kering berbanding kebiasaan.

Selain itu, berikutan fenomena El Nino kuat yang sedang melanda dunia pada ketika ini, MetMalaysia turut menjangkakan suhu maksimum harian di negara ini boleh menjadi lebih tinggi di kebanyakan tempat. – 16 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Related