Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Ringgit cecah RM4.98, jangan kongsi maklumat tidak tepat: Fahmi | Scoop

Ringgit cecah RM4.98, jangan kongsi maklumat tidak tepat: Fahmi

Menurut Menteri Komunikasi, kadar terkini ringgit berbanding AS$1 ialah RM4.70

5:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengingatkan orang ramai supaya tidak berkongsi maklumat yang tidak pasti berhubung data tidak tepat mengenai kadar pertukaran ringgit mencecah RM4.98 seperti yang dipaparkan oleh Google.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi hari ini, Fahmi memaklumkan kadar terkini ringgit berbanding AS$1 ialah RM4.70.

“Tak pasti, jangan kongsi! Maklumat yang dipaparkan malam tadi tidak tepat. Hakikatnya kadar terkini ringgit berbanding AS$1 adalah RM4.70,” menurut hantaran itu.

Hari ini Bank Negara Malaysia (BNM) dengan tegas menolak data tidak tepat mengenai kadar pertukaran ringgit yang tersebar menerusi media sosial berdasarkan kadar pertukaran AS$/RM yang salah diterbitkan oleh Google semalam.

Menurut BNM, maklumat itu adalah tidak tepat dan tidak mencerminkan dagangan sebenar.

Bank pusat itu menjelaskan bahawa pada 15 Mac 2024, kadar pertukaran AS$/RM berada di paras 4.7015 pada 9 pagi dan 4.7045 pada 5 petang dengan kadar intrahari tinggi sebanyak 4.7075 dalam pasaran antara bank tempatan bagi ringgit seperti yang diterbitkan dalam laman sesawang BNM. – 16 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Related