Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Dhia Batrisyia masih belum pulang, polis rakam keterangan 5 individu | Scoop

Dhia Batrisyia masih belum pulang, polis rakam keterangan 5 individu

Mereka terdiri daripada ahli keluarga dan rakan kanak-kanak tersebut, namun sehingga kini belum ada perkembangan

2:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis sudah merakam keterangan lima individu berhubung kehilangan kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil Anuar sejak Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahya ketika dihubungi Scoop mengesahkan mereka terdiri daripada ahli keluarga dan rakan kanak-kanak tersebut.

“Polis sudah rakam keterangan lima individu iaitu ahli keluarga dan rakan Dhia Batrisyia namun setakat ini belum ada perkembangan,” katanya kepada Scoop.

Terdahulu, Scoop melaporkan Dhia Batrisyia dilaporkan hilang sejak Selasa lalu apabila tidak pulang ke rumahnya selepas dikatakan berselisih faham dengan ibunya pada petang hari kejadian.

Ibu kanak-kanak itu, Syarifah Rosfazila Syed Muhammad Fazili, 41, berkata, kali terakhir dia bersama anak sulungnya itu adalah di kediaman mereka di Flat Sri Selangor, Jalan San Peng di sini pada kira-kira jam 4 petang.

Menurutnya, berlaku perselisihan faham antara mereka selepas dia menerima WhatsApp daripada guru sekolah Dhia yang memaklumkan anaknya itu tidak hadir ke sekolah.

Selepas Dhia pulang ke rumah pada waktu petang hari kejadian, katanya, dia bertanya mengapa anaknya tidak ke sekolah dan ke mana, sebelum dimaklumkan dia membeli hadiah untuk melakukan kejutan sempena ulang tahun perkahwinan Syarifah Rosfazila dan suami. – 16 Mac,2024

Topics

 

Hangat

Related