Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Penduduk Lahad Datu dikejutkan dengan kehadiran ‘tornado’ | Scoop

Penduduk Lahad Datu dikejutkan dengan kehadiran ‘tornado’

Kejadian yang berlaku pada 2 petang itu dirakam orang ramai, dan ia kini menjadi tular di media sosial

7:23 PM MYT

 

SANDAKAN – Penduduk di Lahad Datu cemas selepas puting beliung melanda kampung Batu 1, Jalan Segama, di sini, sehingga menerbangkan bumbung rumah mereka, petang tadi.

Kejadian yang berlaku pada 2 petang itu dirakamkan oleh orang ramai, dan ia kini menjadi tular di media sosial.

Fenomena yang jarang berlaku itu menerbangkan bumbung zink sehingga menyebabkan orang ramai ketakutan.

Penduduk di kawasan berkenaan memaklumkan hujan turun sebelum kejadian, namun cuaca bertukar cerah apabila puting beliung itu melanda dan ia berlarutan selama seminit.

Dalam pada itu, ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid ketika dihubungi memaklumkan sehingga jam 3.30 petang, jabatan tersebut masih belum menerima laporan mengenai insiden terbabit. – 15 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Related