Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Stoking ‘jenama’ Allah: KPDN bertindak, KK Mart mohon maaf | Scoop

Stoking ‘jenama’ Allah: KPDN bertindak, KK Mart mohon maaf

KPDN akan melakukan semakan terperinci bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil

4:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mendapat aduan rasmi mengenai penjualan stoking tertera kalimah Allah di kedai rangkaian serbaneka seperti tular dalam media sosial.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, untuk itu pihaknya akan melakukan semakan terperinci bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil jika syarikat itu melakukan pelanggaran undang-undang.

“Kita sudah dapat aduan rasmi dan kita telah ambil tindakan serta-merta.

“Difahamkan pihak KK Mart telah mengeluarkan permohonan maaf dan menyemak produk stoking tersebut yang diambil melalui konsainan,” katanya ketika penggulungan perbahasan Titah Diraja bagi peringkat kementerian di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu beliau menjawab persoalan dibangkitkan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang mencelah mengetengahkan isu terbabit.

Scoop sebelum ini melaporkan pendedahan dibuat pendakwah bebas, Firdaus Wong mahu pihak berkuasa menyiasat mengenai penjualan stoking yang tertera perkataan ‘Allah’ itu.

Beliau mendakwa, stoking itu dijual di sebuah kedai serbaneka di Sunway.

Dalam pada itu, pengendali KK Mart membuat permohonan maaf di atas kesilapan penjualan stoking itu di outletnya di Bandar Sunway.

“Kami kesal dan memandang serius akan insiden ini. Tindakan serta-merta telah diambil dengan memberhentikan penjualan stoking tersebut.
Untuk makluman, produk ini adalah produk ‘consignment’ daripada pihak vendor. Kami juga sudah berhubung dengan pihak vendor untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu ini.

“Kita juga berterima kasih diatas keprihatinan warga umum yang telah menegur dan memberi komen terhadap isu ini. Sekali lagi, kami memohon maaf dan akan memastikan perkara seperti ini tidak berlaku lagi,” katanya. – 14 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Related