KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong mahu pihak berkuasa menyiasat mengenai penjualan stoking yang tertera perkataan ‘Allah’.
Menerusi perkongsian di media sosial, beliau mahu siasatan dilakukan segera.
Beliau mendakwa, stoking itu dijual di sebuah kedai serbaneka di Sunway.
“Bagaimana stoking yang tertulis ‘Allah’ ini boleh dijual di sebuah kedai serbaneka di Sunway? Terlepas pandang atau kurang sensitif?
“Harap pihak berkuasa siasat segera,” katanya.
Scoop sedang berusaha mendapatkan maklumat terkini daripada Firdaus mengenai isu berkenaan. – 14 Mac, 2024