Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
‘Adakah kementerian YB Rafizi sedar sekarang isunya bukan Ali Baba tetapi Ali Bangla’: Shahar | Scoop

‘Adakah kementerian YB Rafizi sedar sekarang isunya bukan Ali Baba tetapi Ali Bangla’: Shahar

Majlis Tindakan Ekonomi Negara akan mencari mekanisme khusus berhubung langkah mengurangkan jumlah pekerja asing, termasuk lambakan buruh Bangladesh di Malaysia

1:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah melahirkan kebimbangan mengenai situasi warga asing dari Bangladesh yang semakin mendominasi ekonomi negara dan menjadi pengusaha atau ‘tauke’.

Beliau berkata, situasi itu menyaksikan rakyat Malaysia bukan sahaja bersaing antara masyarakat tempatan, malah terpaksa ‘berlumba-lumba’ dengan mereka yang bukan warganegara.

“Persoalannya mungkin dahulu kita bercakap (isu) bumiputera dan bukan bumiputera, dahulu mungkin Ali Baba famous atau popular dibincangkan, tapi adakah kementerian Yang Berhormat sedar bahawa sekarang ini, isunya bukan lagi Ali Baba tetapi ‘Ali Bangla’.

“Dahulunya mereka (warga Bangladesh) berkunjung ke tempat kita hanya sebagai buruh kasar, tetapi sekarang ini mereka sudah berusaha menjadi pengusaha,” katanya pada sesi Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan persoalan kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sama ada pihak kerajaan menyedari situasi pembabitan warga Bangladesh sebagai pengusaha perniagaan di negara ini.

Malah, Shahar mempersoalkan bagaimana Rafizi melihat situasi itu daripada sudut asas ekonomi.

Katanya, ia disebabkan apabila golongan berkenaan menjadi pengusaha, rakyat tempatan akan menghantar anak untuk menjalani Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), tetapi akhirnya kerja separa mahir itu diambil alih golongan warga asing terbabit.

Menjawab soalan dibangkitkan, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, MTEN akan membincangkan mekanisme khusus berhubung langkah mengurangkan jumlah pekerja asing, termasuk lambakan buruh Bangladesh di Malaysia. – Gambar Jabatan Penerangan, 11 Mac, 2024

Menjawab soalan dibangkitkan itu, Rafizi berkata, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) akan membincangkan satu mekanisme khusus pada April depan, berhubung langkah mengurangkan jumlah pekerja asing, termasuk lambakan buruh Bangladesh di Malaysia secara berkala.

Ujarnya, Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang akan dibentangkan tahun depan juga, meletakkan sasaran pengurangan jumlah pekerja asing lebih drastik dan ketara.

“Saya sebut (MTEN dan RMK-13) di Parlimen hari ini supaya saya dapat menyediakan industri dan ekonomi kita dengan lebih awal,” katanya.

Rafizi berkata, tidak hanya kerajaan sebaliknya semua pihak perlu komited untuk mengurangkan jumlah pekerja asing dan pendatang asing tanpa izin (Pati) tidak berkemahiran dalam negara kita.

“Ini bukan sahaja memerlukan dasar tapi juga memerlukan kerjasama daripada industri kerana setiap kali pentadbiran sebelum ini ingin mengurangkan jumlah pekerja asing, ia akan mendapat bantahan,

“Kita perlu komited untuk mengurangkan jumlah pekerja asing kerana kalau kita terus ada antara 3 juta hingga 3.5 juta pekerja asing, sama ada mempunyai dokumentasi atau tidak ada dokumentasi, ini mewujudkan satu kumpulan yang menawarkan struktur kos lebih rendah.

“Ia menyebabkan peniaga tempatan kita memang tidak boleh bersaing kerana mereka (pendatang asing) akan terus meletakkan harga jauh lebih rendah serta akan terus ada peniaga atau orang ramai yang lebih gemar mendapatkan khidmat ataupun produk daripada mereka,” katanya. – 11 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Related