Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Petronas beri amaran scam pelaburan palsu guna nama CEO, syarikat tanpa kebenaran | Scoop

Petronas beri amaran scam pelaburan palsu guna nama CEO, syarikat tanpa kebenaran

Syarikat itu tidak pernah mengetengahkan skim yang menjanjikan pulangan melalui pelaburan mingguan dalam operasi kerajaan berkaitan pengeluaran gas asli cecair

12:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berkata ia mengambil maklum mengenai satu lagi penipuan (scam) pelaburan secara dalam talian yang kini tersebar di WhatsApp, melibatkan penggunaan tanpa izin bagi nama dan logo syarikat, serta nama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.

Menurutnya mesej itu termasuk laporan berita palsu daripada The Star bertajuk Special report: Petronas opens joint investment platform with government support! dan mengetengahkan skim yang menjanjikan pulangan melalui pelaburan mingguan dalam operasi kerajaan yang berkaitan pengeluaran gas asli cecair (LNG).

Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata, laporan itu turut membabitkan video palsu Tengku Muhammad Taufik, dengan imej dan suaranya dimanipulasi menggunakan perisian kecerdasan buatan.

Laporan polis telah dibuat mengenai perkara berkenaan, katanya.

Sementara itu, pihak pengurusan Petronas menegaskan tiada platform pelaburan sedemikian daripada Petronas dan menggesa orang ramai supaya tidak memberi respons kepada skim pelaburan palsu ini. – 9 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Related