Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Lebuh raya bertingkat atau pengangkutan awam lebih baik? Ahli Parlimen Shah Alam adakan tinjauan online | Scoop

Lebuh raya bertingkat atau pengangkutan awam lebih baik? Ahli Parlimen Shah Alam adakan tinjauan online

Ramai yang mahu pengangkutan awam dipertingkatkan agar lebih efisien untuk mereka berulang alik ke tempat kerja setiap hari

11:02 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Cadangan Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof mengenai Lebuhraya Persekutuan dijadikan lebuh raya bertingkat sebagai alternatif kepada kesesakan jalan raya telah mengundang pelbagai reaksi.

Ada yang bersetuju, tidak kurang pula yang meminta supaya perkhidmatan pengangkutan awam dipertingkatkan di Lembah Klang.

“Tahun 90an, saya ulang alik kerja Shah Alam-Petaling Jaya tak teruk keseksaan macam ni.

“Sudah sampai masa Lebuhraya Persekutuan ada lebuh raya bertingkat sebagai laluan alternatif.

“Setuju tak,’’ soal Azli menerusi laman X semalam.

Beliau bertanyakan demikian bagi mendapatkan pandangan ramai mengenai pilihan yang dicadangkannya.

Ramai yang mahukan supaya pengangkutan awam dipertingkatkan dan memastikan ia lebih efisien supaya mudah untuk mereka berulang alik ke tempat kerja setiap hari.

Ada yang mencadangkan supaya menghadkan kemasukan kenderaan ke pusat bandar berdasarkan kepada nombor pendaftaran.

“Saya akan mengenakan larangan kenderaan persendirian atau menghadkan kemasukan (berdasarkan nombor pendaftaran) sebelum melaksanakan lebuh raya pelbagai peringkat ini. Pengangkutan awam harus diutamakan walau apa sebab,’’ kata Daniel.

Pemilik akaun Daniel Xy. Cheong mencadangkan supaya kemasukan kenderaan ke pusat bandar dihadkan berdasarkan kepada nombor pendaftaran. – Gambar tangkap layar, 8 Mac, 2024

Azli turut membalas komen-komen menerusi X dan turut bertanya sama ada orang ramai bersedia menggunakan pengangkutan awam jika ia bertambah baik.

Rupanya, soalan tambahan Azli ini mendapat maklum balas yang positif apabila ramai yang menyatakan bahawa mereka merupakan pengguna pengangkutan awam dan turut meminta supaya perkhidmatan itu ditambahbaik.

Ia termasuk seorang netizen yang memaklumkan jika pengangkutan awam bertambah efisien, mereka boleh menjimatkan wang kerana tidak perlu bergantung kepada kenderaan persendirian untuk bergerak.

Menurut Nerchandise, jika perkhidmatan pengangkutan awam efisien, dia tidak perlu lagi bergantung dengan kenderaan sendiri, sekali gus boleh berjimat. – Gambar tangkap layar, 8 Mac, 2024

Azli kemudiannya memaklumkan kerajaan akan melaksanakan sistem pengangkutan yang lebih efisien dan meminta orang ramai memberikan sokongan serta memanfaatkannya.

Tidak kurang pula yang mencadangkan supaya kerja dari rumah (WFH) dilaksanakan selain mengurangkan waktu bekerja harian.

Berdasarkan kepada maklum balas daripada hantaran di X, Azli bersetuju dengan netizen bahawa pengangkutan awam perlu ditambah baik termasuk memperbaiki jalan raya dan mengelakkan laluan ‘bottle neck’.

Ada yang mencadangkan supaya kerja dari rumah (WFH) dilaksanakan selain mengurangkan waktu bekerja harian. – Gambar tangkap layar, 8 Mac, 2024

Namun Azli turut menyatakan tinjauan yang dijalankan itu bukan bermotifkan politik seperti dakwaan sesetengah pihak.

“Saya bukan defensive tapi kena buat scenario begitu untuk dapat response. Ternyata ramai hendakkan public transportation dan bersedia menggunakan ya.

“Terpulang kalau anda hendak berpolitik tapi saya objektif,’’ katanya. – 8 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Related