Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Kenyataan didakwa rasis, Kok Seong sedia beri kerjasama kepada polis | Scoop

Kenyataan didakwa rasis, Kok Seong sedia beri kerjasama kepada polis

Beliau menegaskan, kenyataannya sama sekali tidak dikatakan dalam konteks sekolah vernakular seperti dibangkitkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pensyarah dan Felo Majlis Profesor Negara, Profesor Emeritus Datuk Teo Kok Seong sedia memberi kerjasama sekiranya beliau dipanggil pihak polis untuk proses siasatan berhubung kenyataan rasis yang didakwa dikeluarkannya.

Bercakap kepada Scoop, Kok Seong mempertahankan kenyataan itu yang mengatakan masyarakat Cina memandang rendah terhadap kaum Melayu, seperti disiarkan menerusi satu rakaman video baru-baru ini.

Namun, tegasnya, beliau sama sekali tidak mengatakannya dalam konteks sekolah vernakular seperti dibangkitkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

“Saya sedia memberikan kerjasama kepada pihak polis sekiranya dipanggil untuk memberikan kenyataan kerana apa yang saya cakapkan itu adalah kebenaran.

“Cuma saya nak jelaskan di sini, kenyataan saya itu tidak langsung menyebut sekolah vernakular mendidik dan menanam sikap memandang rendah kaum Cina kepada orang Melayu, sebaliknya saya mengatakan masyarakat Cina secara keseluruhannya… bukan dalam konteks sekolah.

“Masyarakat Cina memang tidak kira bersekolah di mana pun, mereka sejak kecil sudah dididik keluarga mengenai perkara itu (pandang rendah pada orang Melayu). Kenyataannya memang semua orang Cina begitu, itulah kebenarannya, tidak ada yang rasis dalam kenyataan saya itu,” katanya.

Terdahulu, Scoop melaporkan Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain meminta Teresa tampil membuat laporan polis berhubung dakwaannya bahawa kenyataan dikeluarkan Kok Seong bersifat rasis.

Pada sesi Dewan Rakyat pada Selasa lalu, Teresa mempersoalkan mengenai kriteria digunakan polis untuk membuka siasatan terhadap ahli politik, terutama membabitkan dakwaan hasutan.

Dalam persoalan dibangkitkannya itu, Teresa mengambil contoh kes veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang dipanggil polis untuk memberikan keterangan berhubung kenyataannya yang menyentuh mengenai kemungkinan orang bukan Melayu, dilantik sebagai Perdana Menteri.

Begitu juga dengan bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang dipanggil memberi keterangan di bawah Akta Hasutan.

Teresa berkata, perkara itu berbeza dengan Kok Seong yang didakwa mengeluarkan kenyataan rasis mengenai sekolah vernakular di dalam akaun TikTok ‘The Merdeka Times’.

“Saya dan ramai ahli berhormat di Dewan Rakyat ini belajar di sekolah Cina. Kami tidak pernah diajar untuk memandang rendah orang Melayu. Kenyataan Profesor Dr Teo Kok Seong ini memang memutarbelitkan fakta dan melaga-lagakan hubungan di antara masyarakat Melayu dengan Cina.

“Ini adalah hasutan. Kenapakah kenyataan rasis dan putar-belit ini tidak disiasat polis?” soalnya. – 8 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Related