Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Sebelum Pemuda Umno berteriak penuh semangat, fahami sumbangan sekolah vernakular: Syerleena | Scoop

Sebelum Pemuda Umno berteriak penuh semangat, fahami sumbangan sekolah vernakular: Syerleena

Sebaliknya, beberapa langkah wajar dilaksanakan ke atas sistem pendidikan di sekolah kebangsaan bagi mencapai cita-cita Pemuda Umno dalam memupuk perpaduan dan persefahaman masyarakat

2:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemuda Umno dinasihat memahami, menyedari dan mengambil tahu sumbangan sekolah vernakular, sebelum mengemukakan usul supaya sekolah satu aliran diwujudkan bagi memupuk perpaduan dan persefahaman masyarakat.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid berkata, kewujudan sekolah vernakular memperkayakan landskap pendidikan Malaysia, selain menawarkan corak sistem pendidikan pelbagai dan memberikan pilihan kepada ibu bapa yang menjadi prinsip asas demokrasi.

Katanya, corak sistem pendidikan itu adalah sebahagian realiti yang mesti diterima kerana ia meraikan kepelbagaian budaya dan ilmu secara turun temurun, malah memupuk identiti budaya yang pelbagai serta menjadi tunjang kepada identiti bangsa Malaysia.

“Sebelum Pemuda Umno mengacung tinju ke udara dan berteriak dengan penuh semangat dengan nawaitu murni bagi memupuk perpaduan dan asimilasi, suka saya mencadangkan agar mereka terlebih dahulu memahami apa sebab sekolah vernakular menjadi pilihan sebahagian besar ibu bapa yang mahukan pendidikan berkualiti untuk anak-anak mereka, termasuklah mantan Ketua Pemuda Umno sendiri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki,” katanya menerusi kenyataan.

Justeru, Syerleena berkata, sebelum mengemukakan cadangan itu serta memperbaiki dan memperkukuhkan perpaduan nasional, beliau mencadangkan pelaksanaan beberapa langkah ke atas sistem pendidikan di sekolah kebangsaan.

Menurutnya, ia termasuk ‘pelaburan infrastruktur’, iaitu mengutamakan kerja membaikpulih kemudahan, ‘pendidikan guru dan pencarian tenaga kerja mahir’, ‘keutamaan peruntukan’ supaya sumber dana mencukupi serta ‘pendidikan setara’ bagi jembatani kesenjangan pendidikan bandar dan desa.

“Hanya dengan mengiktiraf kepelbagaian ini, mendepani cabaran dan kelemahan serta menangani isu dihadapi struktur pendidikan kebangsaan, Malaysia mampu menyerlahkan bakat muda demi masa depan cemerlang anak kita, selain mempersiapkan mereka mendepani cabaran,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh menegaskan, mungkin sudah tiba masa untuk sistem pendidikan satu aliran mesti dilaksanakan di Malaysia.

Pelaksanaan itu, katanya, penting dalam memastikan penglibatan semua kaum dalam sesuatu bidang, termasuk menggalakkan pembabitan golongan terbabit ke sektor perkhidmatan awam, antaranya bidang ketenteraan yang kurang disertai bukan Bumiputera. – 7 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Related