Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Lelaki maut tertimbus dalam runtuhan di lombong | Scoop

Lelaki maut tertimbus dalam runtuhan di lombong

Mangsa berusia 38 tahun tertimbus paras dada dan berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dalam masa 15 minit sebelum disahkan meninggal dunia

3:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut dalam insiden tanah runtuh di kawasan perlombongan Lion Mining di Jalan Sungai Kelambu dekat Banting, Selangor, hari ini.

Komader Operasi, PBK 1 Zaharul Ezzad Abdul Latiff berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada jam 12.34 tengah hari tadi.

Menurutnya, lima anggota dari Pasukan Bomba BBP Banting kemudian bergegas ke lokasi kejadian dengan menaiki jentera FRT sejurus menerima panggilan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa berusia 38 tahun didapati tertimbus paras dada.

“Mangsa berjaya dibawa keluar anggota bomba dalam masa 15 minit dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mayat akan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – 6 Mac 2024

Topics

 

Hangat

Related