KUALA LUMPUR – Platform di bawah Meta iaitu Facebook, Instagram dan Messenger mengalami gangguan sejak kira-kira 11.15 malam tadi.
Keadaan ini berlaku di seluruh dunia, dengan #facebookdown dan #instagramdown kini trending di platform X.
Berdasarkan downdetector.com, gangguan berkenaan dilaporkan pada 11.15 malam dengan 125,825 laporan telah dibuat.
Ramai pengguna Facebook dan Messenger yang mengadu telah ‘dilog keluar’ tanpa pilihan untuk masuk semula ke platform berkenaan.
Isu ini berlaku kepada laman web dan aplikasi Facebook (FB), Messenger serta Instagram (IG).
Gangguan seperti ini dilaporkan pernah berlaku pada 2021 di mana pengguna platform berkenaan di seluruh dunia juga mengalami masalah sama sehingga menjejaskan pengguna dan pengiklan.
Ketika itu, aplikasi WhatsApp turut terjejas dan ia mengambil masa selama beberapa jam untuk pulih semula.
Keadaan ini menjadi bahan gurauan dalam platform X, yang dulunya dikenali sebagai Twitter.
Anyone else freak out and think they was being hacked? #facebookdown #instagramdown pic.twitter.com/ksEYyQWrlu
— Yeh (@ItsFoRealMoses) March 5, 2024
Pelbagai video dan poster menyindir, mempersenda dan gurauan dimuat naik dalam X yang memaparkan pengguna Facebook dan Instagram beralih kepada X untuk mendapatkan maklumat mengenai keadaan semasa.
‘’Facebook, IG, & Messenger semua tergendala. Pekerja Meta kini berusaha keras untuk membaiki FB & IG ketika ini,’’ tulis @alltoowin di X.
“IG dan FB kini tergendala. Siapa tahu berapa lama. Mana-mana perniagaan yang bergantung pada IG dan FB untuk pemasaran serta jualan kini sedang mengalami kerugian.
Hanya perniagaan yang mempunyai senarai emel masih menjadi juara,’’ kata @LouRaheem
IG and FB are down.
— Lou (@LouRaheem) March 5, 2024
Who knows for how long.
Any business that depends on IG and FB for marketing and sales is losing money right now.
Only the businesses that have email lists are still winning.
Ada juga yang memuat naik hantaran seolah-olah Elon Musk, yang juga pemilik X sedang ketawa. – 6 Mac, 2024