Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Tiada tindakan susulan pengurusan flat, DBKL potong pintu jeriji halang laluan pejalan kaki | Scoop

Tiada tindakan susulan pengurusan flat, DBKL potong pintu jeriji halang laluan pejalan kaki

Tindakan bersepadu pemotongan pintu jeriji dilaksanakan di flat berkenaan pada jam 10 pagi tadi

7:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak memotong pintu jeriji yang menghalang laluan pejalan kaki di laluan koridor awam di Flat Wangsa Maju Seksyen 2 di sini, hari ini.

Tindakan tersebut dilakukan ekoran tiada susulan diambil selepas arahan dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu kepada pihak pengurusan flat berkenaan pada 13 Januari lalu.

DBKL menerusi Facebooknya turut memuatnaik video sekitar tindakan bersepadu pemotongan pintu jeriji yang dilaksanakan di flat berkenaan pada jam 10 pagi tadi.

Pada 13 Januari lalu, DBKL mengarahkan pengurusan flat berkenaan mengambil tindakan berhubung aduan pemasangan pintu jeriji yang menghalang laluan pejalan kaki.

DBKL menerusi kenyataan berkata, surat arahan tersebut dikeluarkan selepas pemeriksaan dilakukan melalui Pesuruhjaya Bangunan Kuala Lumpur (COBKL) pada Selasa.

“COBKL telah mengeluarkan surat kepada pengurusan kediaman supaya mengambil tindakan kepada pemilik petak agar mengembalikan semula pengubahsuaian itu kepada bentuk asal,” katanya.

Kenyataan itu menjelaskan, penguatkuasaan adalah di bawah bidang kuasa pihak pengurusan bangunan selaras dengan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757).

“Di bawah seksyen 59 (1) Akta 757 telah menyatakan bahawa kewajipan pengurusan adalah menyenggara dan mengurus dengan sepatutnya bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama, dan menjaganya dalam keadaan yang baik, ” katanya.

Sebelum ini, tular gambar keadaan laluan pejalan kaki dipasang jeriji dengan sekurang-kurangnya satu pintu dipasang di setiap tingkat pada bangunan empat tingkat itu.

DBKL terpaksa mengambil tindakan tersebut ekoran tiada susulan diambil selepas arahan dikeluarkan pihak berkuasa tempatan itu kepada pihak pengurusan flat berkenaan pada 13 Januari lalu. – Gambar ihsan DBKL, 4 Mac, 2024

Situasi tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk yang meluahkan kemarahan dengan menconteng dinding berhampiran, meminta pelaku untuk mencabut struktur tambahan itu.

Malah perkongsian masalah itu di media sosial turut menarik perhatian netizen yang melabel pelaku bersikap pentingkan diri selain sindiran duduk di flat tetapi selera seperti tinggal di kondominium. – 4 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Related