Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Raja Norway selamat jalani prosedur pasang implan perentak jantung di Langkawi | Scoop

Raja Norway selamat jalani prosedur pasang implan perentak jantung di Langkawi

Urusan untuk keberangkatan pulang Raja Harald V ke Norway sedang dijalankan dan proses itu dijangka mengambil masa beberapa hari

10:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Raja Norway, Raja Harald V selamat menjalani prosedur implan perentak jantung di Hospital Sultanah Maliha di Langkawi hari ini, menurut kenyataan di laman sesawang www.royalcourt.no.

Prosedur itu dijalankan berikutan kadar denyutan jantung baginda yang lemah seperti yang disahkan oleh doktor peribadi baginda, Bjorn Bendz.

“Keputusan mengenai prosedur itu dibuat awal hari ini dan prosedur itu berjaya. Baginda dalam keadaan baik tetapi masih memerlukan rehat,” menurut kenyataan itu yang memetik Bendz.

Bendz berkata, implan perentak jantung itu membolehkan baginda untuk berangkat pulang ke Norway dengan lebih selamat.

Urusan untuk keberangkatan pulang baginda Ke Norway sedang dijalankan dan proses itu dijangkakan mengambil masa beberapa hari, menurut kenyataan itu.

Bernama pada 28 Februari lepas melaporkan Raja Harald V sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Maliha di Langkawi selepas gering ketika bercuti di Malaysia.

Raja Harald V dijadual menyambung semula tugas rasmi pada 8 Mac dan baginda dijadual bertemu ahli Kabinet di Istana Diraja di Oslo, lapor Xinhua. – 2 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Related