Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Pinda perlembagaan Bersatu untuk pecat orang yang khianat: Muhyiddin | Scoop

Pinda perlembagaan Bersatu untuk pecat orang yang khianat: Muhyiddin

Bersatu akan menghantar notis kepada Speaker Dewan Rakyat untuk memaklumkan kerusi Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Labuan, Gua Musang, Bukit Gantang, Jeli dan Tanjong Karang dikosongkan

6:05 PM MYT

 

SELAYANG – Bersatu akan meminda perlembagaan parti itu bagi membolehkan semua pihak yang mengkhianati parti dilucutkan keahlian dan kerusi Parlimen mereka dikosongkan, kata presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketika berucap pada Perhimpunan Agung Khas (EGM) hari ini, Muhyiddin berharap semua ahli parti berkenaan akan menyokong usul untuk meminda perlembagaan, sambil menambah mereka yang menyokong kerajaan telah mengkhianati parti dan rakyat di kawasan Parlimen masing-masing.

“Kita mahu meminta perlembagaan parti, supaya keanggota mereka (menukar sokongan) dilucutkan segera, selari dengan artikel 49(a) Perlembagaan Persekutuan, kerusi mereka akan dikosongkan.

“Kita akan mengadakan pilihan raya kecil dan kembalikan mandat kepada rakyat di enam kawasan pilihan raya itu. Pengkhianat akan kalah,’’ katanya di Pusat Konvensyen Ideal Selayang, di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, Bersatu bercadang untuk menghantar notis kepada Speaker Dewan Rakyat bagi memaklumkan bahawa enam kerusi Ahli Parlimen itu akan dikosongkan.

“Nak ingatkan Speaker, bila Bersatu hantar notis supaya enam Parlimen dikosongkan iaitu di Kuala Kangsar, Labuan, Gua Musang, Bukit Gantang, Jeli dan Tanjong Karang, janganlah tuan Speaker dolak dalik,’’ katanya.

Enam Ahli Parlimen Bersatu yang telah menyatakan sokongan kepada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan); Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang); Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) dan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).

Pindaan perlembagaan itu dibentangkan oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Muhyiddin berkata, Bersatu bersama Perikatan Nasional (PN) juga telah bersedia untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil (prk) bagi enam tersebut dan yakin akan menang.

“Kita sudah bersedia untuk hadapi pilihan raya. Mulai hari ini kita akan buat persiapan lengkap. Pilih calon terbaik, bukan tong kosong tapi orang yang kita harapkan,’’ katanya. – 2 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Related