Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Starbucks tutup kedai di Subang Parade? | Scoop

Starbucks tutup kedai di Subang Parade?

Bagaimanapun, pemantauan Scoop di laman web Starbucks Malaysia mendapati premis di Subang Parade itu masih berada dalam senarai beroperasi

4:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Starbucks Malaysia dilaporkan telah menutup operasi di salah satu cawangannya di Lembah Klang, di sebalik laporan bahawa pemilik francais tempatan rangkaian minuman dan makanan popular itu mengalami penurunan pendapatan sebanyak 38% tahun lepas.

Dalam platform media sosial di X, @xalongx telah berkongsi gambar mengenai Starbucks di cawangannya di Subang Parade, yang didakwa telah ditutup disebabkan boikot yang dikaitkan dengan produk Israel.

“Boikot berkesan. Bertahun-tahun Starbucks di Subang Parade dan semalam, ia ditutup dengan rasmi” kata netizen tersebut dalam hantaran yang dimuatnaik pagi tadi.

Dia turut berkongsi tangkap layar daripada Google Maps yang dalam notifikasinya menunjukkan premis berkenaan telah ‘ditutup sepenuhnya’.

Bagaimanapun, pemantauan Scoop di laman web Starbucks Malaysia mendapati premis di Subang Parade itu masih berada dalam senarai beroperasi.

Pada 21 Februari lalu, Berjaya Food Berhad (BFood), pemilik francais tempatan rangkaian makanan dan minuman popular Starbucks, memperoleh pendapatan lebih rendah sebanyak RM182.55 juta bagi suku kedua berakhir 31 Disember tahun lalu.

Ia berbanding pendapatan sebanyak RM295.32 juta bagi tempoh sama, tahun sebelumnya.

Syarikat itu mengaitkan pengurangan pendapatan berkenaan terutama kepada boikot berterusan yang dikaitkan dengan konflik Asia Barat, sekali gus memberikan kesan kepada sentimen pengguna.

BFood bagaimanapun percaya prestasi operasi akan pulih dan mendapat semula momentum, melihat perkembangan semasa sebagai jangka pendek dan menjangkakan kemajuan positif pada masa hadapan. – 2 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Related