Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
8 juta pengguna air dikecualikan kenaikan SST: Petra | Scoop

8 juta pengguna air dikecualikan kenaikan SST: Petra

4.7 juta pengguna perkhidmatan pembetungan di seluruh Semenanjung dan Labuan juga tidak terkesan dengan kenaikan caj itu

8:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai lapan juta pengguna perkhidmatan bekalan air membabitkan 87% domestik dan 13 % bukan domestik di Semenanjung serta Wilayah Persekutuan Labuan menikmati pengecualian kenaikan caj cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang berkuat kuasa hari ini.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) dalam kenyataan memaklumkan seramai 4.7 juta lagi pengguna perkhidmatan pembetungan di seluruh Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan juga tidak terkesan dengan kenaikan caj itu.

“Kerajaan akan terus komited dan prihatin bagi memastikan keperluan asas rakyat diutamakan.

“Kementerian juga ingin mengingatkan orang awam untuk menggunakan air secara berhemat terutama ketika negara sedang berhadapan dengan musim panas dan kering di kebanyakan negeri,” menurut kenyataan itu.

Bermula hari ini, kadar baharu SST naik kepada 8% berbanding 6% sebelum ini seperti diumumkan dalam Pembentangan Belanjawan 2024 Oktober tahun lalu.

Langkah itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan daya tahan kewangan negara sambil mengurangkan defisit belanjawannya. – 1 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Related