Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Muncul 4 tahun sekali, sambutan kelahiran, perkahwinan 29 Februari raih perhatian, ‘uniknya, istimewa sangat’ | Scoop

Muncul 4 tahun sekali, sambutan kelahiran, perkahwinan 29 Februari raih perhatian, ‘uniknya, istimewa sangat’

Tarikh kelahiran atau pernikahan itu dianggap mempunyai keunikan dan kemanisan tersendiri kepada pemiliknya serta orang sekeliling mereka

8:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketibaan 29 Februari pastinya menjadi momen cukup istimewa kepada setiap individu yang dilahirkan pada tarikh itu kerana ia hanya muncul empat tahun sekali.

Di sebalik kata-kata gurauan ‘kesiannya kamu sambut hari jadi empat tahun sekali’ atau ‘ruginya lahir 29 Februari’ sering didengar, detik turut dikenali ‘tahun lompat’ itu tetap mendapat perhatian masyarakat setiap kali tiba.

Tarikh kelahiran itu dianggap mempunyai keunikan dan kemanisan tersendiri kepada pemiliknya serta orang sekeliling mereka.

Ia kerana kebiasaannya individu yang memiliki tarikh lahir itu akan diraikan keluarga atau sahabat secara lebih istimewa, sama ada melalui jamuan, ucapan atau hadiah.

Perkara itu dapat dilihat hari ini apabila media sosial ‘meriah’ dengan ucapan sambutan ulang tahun 29 Februari.

Animasi khas tahun lompat di laman utama Google hari ini – Tangkapan layar, 29 Februari, 2024

“Happy birthday kepada semua yang lahir hari ni (29 Februari), hari yang paling special (istimewa) sebab empat tahun sekali je,” kata satu daripada admin sebuah portal berita menerusi media sosial.

Hantaran itu menerima lebih 10,600 tanda suka dengan 1,500 komen daripada warga maya.

“Thank you admin…hai geng 29/2 semua,” kata seorang individu, Jr Nazri yang meraikan ulang tahun kelahiran hari ini.

“Selamat hari lahir buat semua yang lahir pada 29 Februari, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan dipermudah segala urusan.
Insya-Allah,” ucap Megat Luqman Al Hafiz.

“Kira tahun ni tahun lompat, empat tahun sekali, selamat hari lahir buat mereka yang menyambutnya, paling special empat tahun sekali,” tulis Noor Azlinda Alias.

“Happy birthday untuk anakanda saya, Syafik Amsyar; sahabat baik saya, Wan Zuhara Shadila dan saudara saya, Maryatie Doris. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik dan permudahkan segala urusan untuk semua,” kata Syamilah Hana yang memberikan ucapan untuk tiga individu istimewa dalam hidupnya.

“Hepi (happy) birthday to me, special day today, hello tahun lompat,” ujar Annie Syuhaini.

“Terima kasih banyak-banyak, alhamdulillah dah berumur 11 tahun,” gurau seorang individu yang dilahirkan pada tahun lompat dengan baharu 11 kali meraikan ulang tahun kelahiran sepanjang hidup – Gambar hiasan Unsplash, 29 Februari, 2024

“Happy birthday my husband Sulaiman Yaacob,” komen Saliza ja.

“Alhamdulillah birthday anak saya yang keempat tahun, 29/2/2020,” tulis seorang pengguna yang berkongsi ia adalah sambutan kali pertama anaknya.

“Uniknya, istimewa sangat,” kqta pengguna.

Manakala, ada netizen berjenaka mengenai sambutan ulang tahun pada tarikh ini.

“Terima kasih banyak-banyak, alhamdulillah dah berumur 11 tahun,” gurau seorang individu yang dilahirkan pada tahun lompat dengan baharu 11 kali meraikan ulang tahun kelahiran sepanjang hidup.

“Happy birthday, boleh buat majlis besar-besaran, maklum lah empat tahun sekali je,” kata MemBerku Hawa.

Sementara itu, ada individu memaklumkan tarikh sama turut menjadi detik istimewa bagi pasangan yang disatukan sebagai suami isteri.

“Kalau kahwin tarikh ni anniversary pun empat tahun sekali la kan haha,” tanya seorang pengguna.

“Anniversary saya juga hari ini yang keempat tahun, baru dapat sambut anniversary,” kata KakPikaa HaSha yang melangsungkan perkahwinan pada 2020, iaitu ketika tahun lompat sebelum ini. – 29 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Related