Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
TEB dasar baharu perkasa ekonomi bumiputera | Scoop

TEB dasar baharu perkasa ekonomi bumiputera

Melalui TEB, penyertaan, pemilikan dan penguasaan bumiputera dalam sektor ekonomi dapat diperkasakan

10:35 AM MYT

 

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan pelaksanaan Transformasi Ekonomi Bumiputera (TEB) sebagai dasar baharu bagi memperkasa ekonomi bumiputera di negara ini.

Menurut beliau, TEB menggariskan tiga matlamat utama, iaitu keadilan sosio-ekonomi, kemampanan negara bangsa serta kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.

Katanya, TEB adalah satu dasar baharu yang progresif bertujuan merapatkan jurang sosioekonomi dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Jika Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) pertama dan kedua melahirkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), saya suka mengetengahkan cadangan kali ini untuk kita melaksanakan TEB sebagai satu dasar untuk mengorak langkah ke hadapan.

“Melalui TEB kita mahu memastikan penyertaan, pemilikan dan penguasaan bumiputera dalam sektor ekonomi dapat diperkasakan.

“Malah ia juga bertujuan memastikan Bumiputera tidak ketinggalan dalam menyertai peluang ekonomi dan teknologi baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian KEB 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Zahid berkata, ketiga-tiga matlamat itu bertujuan memastikan dasar dan pelaksanaan agenda ekonomi negara, bukan sahaja menjamin penglibatan dan hak bumiputera, tetapi juga memastikan wujudnya kesalingan atau sinergi dengan bukan bumiputera.

“Mahu atau tidak, rela atau tidak, kesalingan antara kaum amat penting dalam memugar aktiviti ekonomi negara. Bertitik tolak daripada hasrat Dasar DEB yang tidak mahu lagi aktiviti ekonomi dikaitkan dengan identiti kaum, hari ini tembok itu telah pun berjaya diruntuhkan.

“Kaum Bumiputera tidak lagi sinonim dengan usaha tani, Cina bukan lagi mendominasi gelaran saudagar begitu juga dengan kaum India, tidak lagi berlegar di perladangan,” katanya.

Beliau berkata, atas semangat itu, tiga matlamat utama tersebut menuntut semua kaum bekerjasama membangunkan negara.

Katanya, menghormati agihan yang adil di samping menerima hakikat, usaha memartabatkan penyertaan bumiputera dalam semua sektor ekonomi adalah dalam kerangka Perlembagaan Negara.

“Ia juga bagi memadamkan penceritaan ekonomi negara dikuasai oleh kumpulan minority yang tentunya, mengundang resah kaum majoriti dan akhirnya mewujudkan kesenjangan sosial.

“Keadaan sebegini tentunya tidak sihat bagi sebuah negara yang sudah melebihi enam dekad dibangunkan secara bersama,” katanya.

Sementara itu, Zahid berkata, bagi menjayakan tiga matlamat utama berkenaan, enam tekad sebagai rukun dilandaskan supaya Bumiputera bergerak sederap untuk mencapai cita-cita yang diinginkan bersama.

“Ia merangkumi mempertahankan agenda Bumiputera, menutup ketirisan
pelaksanaan, mewujudkan kesetaraan antara wilayah, kaum dan kelompok,
mengenal pasti peluang baharu, mewujudkan jalinan tulen selain menjamin tidak meminggirkan kaum lain.

“Tekad ini menumpukan kepada tiga ikhtiar yang mampu melonjakkan ekonomi
Bumiputera yang lebih terangkum dan mampan menjelang satu abad negara
merdeka,” katanya.

Katanya, antara ikhtiar berkenaan termasuklah perbadanan tanah Bumiputera yang akan merangka mekanisme pemilikan tanah, Waqaf Kesihatan dan Pendidikan serta Mengindustrikan Pertanian menggunakan teknologi dan inovasi baharu melalui sebuah entiti. – 29 Februari 2024

Topics

 

Hangat

Related