Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Badrul Hisham Ketua Pengarah JPN baharu berkuat kuasa hari ini | Scoop

Badrul Hisham Ketua Pengarah JPN baharu berkuat kuasa hari ini

Badrul Hisham telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 27 tahun apabila mula dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada 1997

11:10 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Setiausaha Bahagian Pendaftaran dan Pertubuhan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Badrul Hisham Alias dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

JPN dalam kenyataan memaklumkan pelantikan itu bagi menggantikan Zamri Misman yang bertukar ke Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri pada 2 Feb lepas.

Badrul Hisham, 52, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 27 tahun apabila mula dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada 1997.

Beliau juga pernah berkhidmat di JPN sebagai Pengarah Bahagian Kewangan dan Pembangunan serta Pengarah Bahagian Kad Pengenalan bermula 2015 hingga 2022, sebelum ke KDN sebagai Setiausaha Bahagian Pendaftaran dan Pertubuhan pada 18 Julai 2022. 

Selain itu, JPN turut memaklumkan pelantikan Sarinah Apisah sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), JPN pada 26 Feb menggantikan Saiful Yazan Alwi yang ditugaskan ke Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA), KDN.

“JPN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Zamri dan Saiful Yazan atas segala sumbangan dan khidmat bakti kedua-duanya kepada JPN,” menurut kenyataan itu. – 28 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Related