Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Raja Norway dirawat di hospital di Langkawi akibat jangkitan | Scoop

Raja Norway dirawat di hospital di Langkawi akibat jangkitan

Raja Harald V jatuh sakit semasa percutiannya di Malaysia

9:22 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Raja Norway, Raja Harald V dimasukkan ke sebuah hospital di Langkawi kerana mengalami jangkitan ketika bercuti di Malaysia, kata keluarga diraja Norway, semalam.

Raja berusia 87 tahun itu sedang dalam lawatan peribadi ke negara Asia Tenggara itu.

“Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja telah jatuh sakit semasa percutiannya di Malaysia, dan dimasukkan ke sebuah hospital di Langkawi kerana mengalami jangkitan.

“Baginda mendapat penjagaan yang baik daripada kakitangan perubatan Malaysia dan Norway,” kata keluarga diraja itu dalam satu kenyataan.

Raja Harald menjadi ketua negara istiadat Norway sejak 1991 dan merupakan raja tertua yang masih hidup di Eropah.

Baginda berulang kali dimasukkan ke hospital disebabkan jangkitan beberapa tahun kebelakangan ini, dan pernah menjalani pembedahan jantung.

Putera Mahkota Haakon merupakan Pemangku Raja ketika ketiadaan Raja Harald V. – 28 Februari 2024

Topics

 

Hangat

Related