Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Akademi Kenegaraan terajui kerjasama Program Latihan Kenegaraan Malaysia Madani: PM | Scoop

Akademi Kenegaraan terajui kerjasama Program Latihan Kenegaraan Malaysia Madani: PM

Antara prakarsa Akademi Kenegaraan ialah bagi memperkasakan ilmu kenegaraan dan patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia

1:31 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Akademi Kenegaraan akan meneraju kerjasama dengan semua pihak bagi memastikan keberkesanan Program Latihan Kenegaraan Malaysia Madani.

Anwar berkata perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Akademi Kenegaraan dipengerusikan beliau hari ini yang antara prakarsanya ialah bagi memperkasakan ilmu kenegaraan dan patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Fungsi akademi ini antara lain melaksanakan latihan kenegaraan yang lebih holistik dan komprehensif selain memberi khidmat nasihat dan runding cara berkaitan ilmu kenegaraan.

“Hatta, ia juga dapat membangun kurikulum yang sentiasa memenuhi keperluan semasa, jangkaan pemegang taruh dan pelanggan serta membangun kepakaran sumber manusia yang kompeten dalam melaksanakan program latihan berkualiti tinggi,” kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook malam tadi. – 28 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Related