Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Alexander kongsi video Naib Presiden PAS puji usaha, kecekapan JKR | Scoop

Alexander kongsi video Naib Presiden PAS puji usaha, kecekapan JKR

Jabatan itu tetap melaksanakan tanggungjawab dan memperuntukkan dana kepada semua negeri, sama ada ditadbir kerajaan atau pembangkang

10:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Biarpun berbeza ideologi politik, Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad memuji usaha Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam menyelesaikan tugas menyelenggara kemudahan infrastruktur di setiap negeri.

Malah, beliau menyifatkan jabatan terletak di bawah kementerian itu cekap melaksanakan tanggungjawabnya dengan profesional, selain memberikan maklum balas segera apabila aduan dikemukakan.

“Setakat hari ini saya tengok negeri-negeri semua baiklah, profesional dan memang responsif.

“Cepat, aduan kita (dilayan) cukup baik, memang puas hatilah,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi video dikongsikan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi di Facebook yang memaparkan Idris memberikan pujian itu ketika kedua-dua pemimpin berkenaan bertemu di Parlimen hari ini.

Alexander kemudian menjelaskan bahawa KKR memperuntukkan pertambahan dana untuk kerja penyelenggaraan infrastruktur pada tahun ini, berbanding sebelumnya.

Katanya, kementerian itu menambah kewangan tambahan sebanyak RM100,000 untuk setiap negeri.

“Tahun lepas 2023 kita bagi RM100,000 (untuk) dia buat kerja-kerja, tahun ini kita peruntukkan RM200,000 untuk setiap negeri jajahan bagi kerja selenggara, jadi dia ada lebih untuk gerak lebih cepat,” katanya.

Mendengar penjelasan itu, Idris yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai berjenaka dengan mengatakan prestasi baik KKR adalah kerana ia mempunyai menteri bagus seperti Alexander.

“Jadi ini baik sebab menteri baiklah,” katanya.

Menerusi keterangannya di hantaran video itu pula, Alexander berkata, JKR bersedia melaksanakan peranannya tanpa mengira sama ada kawasan itu di bawah pendtadbiran parti kerajaan atau pembangkang.

“Tak kira daerah mana, Parlimen siapa pun, JKR sedia menabur jasa. Bangga.

“Itu yang boleh saya katakan kepada Jurutera Daerah (JD) dan Jurutera Jajahan (JJ) semua. Syabas warga JKR sekalian. Kita akan terus memberikan khidmat selagi diperlukan,” katanya. – 27 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Related