Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Datuk sempat selamatkan cucu, seorang lagi remaja dibawa arus deras | Scoop

Datuk sempat selamatkan cucu, seorang lagi remaja dibawa arus deras

Jainis Gampanga berjaya menyelamatkan Jackson Mark manakala Aloysius Alfred hanyut dibawa arus sungai yang kuat

11:18 PM MYT

 

KOTA KINABALU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun sempat diselamatkan oleh datuknya manakala seorang lagi rakannya dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di sungai berdekatan Kampung Panagatan dekat Keningau petang tadi.

Jainis Gampanga, 74, berjaya menyelamatkan Jackson Mark manakala Aloysius Alfred, 13, hanyut dibawa arus sungai yang kuat.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah dalam kenyataan memaklumkan menerima panggilan kecemasan pada 5.50 petang sebelum sekumpulan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Keningau dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 16 kilometer.

Kenyataan itu menyebut terdapat tiga lagi kanak-kanak, yang juga rakan kedua-dua mangsa, mandi di sungai tersebut.

“Mangsa lemas ada dua orang tetapi seorang kanak-kanak diselamatkan oleh datuknya sendiri dan seorang tidak dapat diselamatkan oleh kerana arus yang kuat,” menurut kenyataan itu.

Mayat Aloysius ditemukan pukul 9.50 malam oleh orang kampung 520 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Mangsa kemudian dibawa ke darat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – 26 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Related