KUALA LUMPUR — Bukan hanya barangan berjenama menjadi mangsa penipuan, makanan pun tidak terkecuali dan ini berlaku kepada seorang pembeli yang membeli donut palsu.
Seorang netizen, yang dikenali sebagai Cikgu Anep, telah meluahkan kekesalannya kerana donat yang dibeli di pasar malam, rupanya adalah roti burger yang ditebuk lubang di tengahnya.
Lebih menyakitkan hati apabila roti burger itu disalut dengan coklat dan ditabur dengan coklat ‘rice’.
“Awas donat palsu di pasar malam. Ingatkan donut rupanya seller tebuk lubang pada roti burger & letak topping je.
“Macam ni pun ada ke,’’ soalnya dalam hantaran di X.
Nampak sama tapi bukan dia.
— Cikgu_Anep (@Cikgu_Anep) February 25, 2024
Awas donat palsu di pasar malam.
Ingatkan donut rupanya seller tebuk lubang pada roti burger & letak topping je.
Macam ni pun ada ke😂 pic.twitter.com/0fCHeXRs60
Bagaimanapun Cikgu Anep tidak menyebut di mana pasar malam yang dimaksudkannya itu dan harga donat ‘palsu’ itu yang dibelinya.
Hantaran berkenaan mendapat reaksi netizen yang marah dengan keadaan berkenaan dan mahu peniaga berlaku jujur kepada pembeli.
“Hari lain jual burger, hari khamis kat pasar malam buat inovasi, pakai roti burger jadi donat.
“Dia ingat yang makan ni semua budak-budak eh? Tak tau ke sampai di rumah mak bapa budak yang ngap (makan) dulu,’’ demikian marah Muhamdad_Nazrin
“Maka jadilah Bernut, roti burger + donut,’’ kata Niskalajiwa. – 24 Februari, 2024